Suatu hari minggu, ketika matahari Januari sedang memancarkan cahaya panasnya, isteriku Im mengeluarkan satu idea bernas. "Abang... Tahun Baru Cina bulan depan kita balik kampung?" Satu idea yang baik fikirku. Maklumlah sudah beberapa bulan kami tidak balik ke rumah orang tuaku di Pulau Pinang dan rumah orang tua Im di Kedah. Maka pada suatu pagi dingin, aku, Im dan anak-anak bertolak dari Ampang menuju ke Utara Semenanjung. Ketika itu keluarga aku semakin berkembang. Dari tiga orang anak, dalam tempoh dua tahun sudah jadi lima orang anak. Semuanya lelaki. Anak nombor tiga, empat dan lima lahir setiap tahun. Jenis suburlah katakan, pantang bersentuh akan adalah hasilnya.. Akhirnya selepas kira-kira enam jam menaiki kereta, sampailah kami di rumah mentua di Alor Setar. Bukan main seronok lima orang anak lelaki aku apabila menjejakkan kaki di halaman rumah kampung yang begitu luas itu. Sebuah rumah kayu dua tingkat yang dihuni mentua begitu selesa untuk
Kisah kisah hantu yang tidak benar tapi kerap kali muncul